Hui Jia De You Huo


T____T

Akhirnya drama ni sudah sampai ke penghujung. Drama yang ditayangkan di TV2 setiap Isnin – Jumaat  6.30 petang ni mula menarik perhatian saya selepas saya tengok preview di awal drama. Saya tertarik dengan jalan ceritanya yang mana perempuan ni akhirnya menjadi cantik (saya memang suka cerita yang mula-mula hodoh pastu jadi cantik hehe).

Walaupun pada awalnya agak bosan (sebab latar masa yang agak lambat) tetapi konflik yang ditampilkan sangat menarik. Macam mana watak utama menyelesaikan masalah, cuma agak menyakitkan hati sebab watak jahat tu sentiasa jahat. Tak pernah kalau tak buat jahat hehe

Saya nak cerita sikit sinopsis drama ni.

Cerita ni mengisahkan tentang Pinru yang berkahwin dengan ShiXian tetapi dianggap sebagai orang gaji oleh keluarga mentuanya. Pinru berkawan baik dengan Aili manakala Yingde (abang Pinru) menyukai Aili semenjak Aili tinggal dengan keluarga Pinru setelah ibu bapanya meninggal.

Konflik bermula apabila Aili balik dari Paris, mula menggoda Shixian dan membawa ShaoEn pulang dan mengaku ShaoEn anak ShiXian. ShiXian menceraikan Pinru dan berkahwin dengan Aili. ShiXian ingin memujuk Pinru menggugurkan kandungannya tetapi tanpa sedar, Pinru terjatuh ke dalam laut. Aili menghasut ShiXian untuk tidak menyelamatkan Pinru.

Pada masa yang sama, ShanShan anak kepada Gao Hong ingin berkahwin dengan abang angkatnya WenYan tetapi GaoHong tidak mengizinkannya lalu merancang mengahwinkan WenYan dengan perempuan lain. Shanshan akhirnya merancang untuk membunuh diri di laut.

Dalam cubaan mencari Shanshan, Wenyan telah menyelamatkan Pinru, namun kandungan Pinru tidak dapat diselamatkan. Pinru telah menyertai pertandingan solekan yang diadakan oleh Gao Hong. Pinru telah menggunakan nama Shanshan (Wenyan menceritakan perihal adik dia dekat Pinru, Pinru pun guna nama tu). Gao Hong tertarik dengan teknik solekan Pinru, dan disebabkan nama Shanshan, Pinru menang pertandingan tersebut tetapi dia tidak mahu pergi ke Paris, oleh itu Gao Hong telah membawa Pinru tinggal di rumahnya.

Wenyan curiga dengan tingkah laku Pinru dan akhirnya rahsia Pinru telah terbongkar. Gao Hong mengambil keputusan membantu Pinru setelah mengetahui ShiXian anak kepada Tuan Hong adalah bekas suami Pinru. Gao Hong yang berdendam dengan Tuan Hong (Tuan Hong adalah bekas suami Gao Hong yang melarikan anak mereka) menggunakan kesempatan tersebut untuk membalas dendamnya.

Banyak konflik yang telah berlaku dalam usaha Pinru membalas dendam terhadap Aili dan keluarga ShiXian dan banyak rahsia yang telah terbongkar satu demi satu. Konflik semakin bertambah apabila Shanshan yang sudah dianggap mati muncul semula.

Hehe serabut perut kan drama nie. Tapi yang pasti saya tak sabar untuk mengetahui ending drama ni. Jangan lupa saksikan episod terakhir drama Hui Jia De You Huo esok, 26 Oktober jam 6.30 petang di TV2!

Selamat menonton!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

what we have in 365 days

tweet2day

  • eleh nampak sangat Na PD sayang Chokyu kan! twitter.com/allkpop/status… 1 hour ago
  • bila nak catch up Reunited World ni? 😭 minggu lepas punya episod tak tengok lagi 10 hours ago
  • especially the climax scene lol 😂 kalau terbagi tu i'm really sorry haha but usually trying to promote the drama as well hihi 10 hours ago
  • always prevent myself not to give spoilers when i tweet about drama i watched but sometimes it slips out lol 😂 but trying my best not to 10 hours ago
  • luckily School 2017 ends before i go to JB yeah! kalau x lagi mereput la kena tunggu 11 hours ago
%d bloggers like this: