Guru Bahasa Inggeris


Selamat pagi semua! Hari ini tergerak hati nak tulis pasal nie disebabkan tengok berita semalam berkenaan 300 org guru bahasa Inggeris dari Amerika akan datang mengajar guru² Bhs Inggeris di Malaysia untuk batch yg pertama manakala untuk batch kedua akan diserapkan ke sekolah yang terpilih untuk mengajar murid² pulak.

Saya sebenarnya nak kongsikan pengalaman saya semasa belajar di MRSM dimana dua orang guru dari luar negara di jemput datang untuk mengajar kami.

Sebenarnya banyak pros and cons nye bile menggunakan guru dari luar negara.

Saya ceritakan dululah kebaikannya. Disebabkan guru² ini dari luar negara, mereka tentula x pandai berbahasa Melayu. Jadi dari situ akan melatih kita untuk berbahasa Inggeris dengan mereka. Ia juga akan melatih keupayaan kite dalam aspek “listening”. Ini kerana guru² ini sudah tentu mempunyai pelat mereka sndr. Jadi ini akan melatih kita untuk memahami apa yang mereka cakapkan.

Semasa di MRSM, kedua-dua guru ini akan masuk dalam kelas yang sama. Jadi akan banyaklah pendapat yang dikongsikan oleh mereka berdua. Selain itu, disebabkan mereka tidak tahu berbahasa Melayu, jadi mereka pun mengajar dengan menggunakan games, quiz dan macam² lagi yang menjadikan kelas ni lebih menarik.

Tetapi, setiap kebaikan pasti ada keburukan. Seperti yang saya cakapkan tadi, mereka ini mempunyai pelat sendiri, oleh itu bagi pelajar yang lambat ‘pick up’ macam saya nie, kadang² bosan gak berada dalam kelas tu. Bila susah nak paham, kita pun malas la nak berinteraksi dengan mereka nie. Bukan tidak menarik, tapi disebabkan kurang ilmu jadi ia bagaikan tembok penghalang untuk mendalami ilmu bahasa Inggeris nie. Ditambah pula dengan kurang minat, lagi lah seseorang tu sukar untuk menguasai bahasa Inggeris.

Sebenarnya ia terpulang juga kepada individu tersebut. Macam saya, saya memang kurang minat bahasa Inggeris, susah nak mengingati satu² perkataan tersebut, susah nak menguasai grammar, dan bila dirumah, tiada orang yang nak berkomunikasi dengan saya, oleh itu saya sememangnya masih lemah dalam menguasai bahasa Inggeris.

Tapi saya menyokong usaha kerajaan, sekurang-kurang nye kita masih mahu mencuba. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. =)

p/s: orang cakap, kalo kite nak menguasai bahasa seseorang tu, langkah terbaik ialah dengan menetap di negara tersebut. Hmm nmpknye sampai ke hajat saya nak menetap di Korea nie? Hehe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

what we have in 365 days

tweet2day

  • forever feeling guilty dekat husband sebab tak nak pindah 😅 but what can i do? i don't wanna leave Malacca yet 2 hours ago
  • bila husband dah pandai mengusik 😏 sakan ye dia 6 hours ago
  • somehow this article reminds me of husband ❤️ https://t.co/wn1wlTxBB1 1 day ago
  • sooyoon paling handsome dalam squad dia 😍 1 day ago
  • and sooyoon looks super cute dekat ig soohwan! 😍❤️😍 1 day ago
%d bloggers like this: